Sale!

Set Lengkap Salindah (+Hamda Aqua Herbs)(POS PERCUMA)

RM439.00 RM415.00

SET LENGKAP SALINDAH:
1 x Salindah-Set Hamil (B1~B6)
1 x Salindah-Set Bersalin (L7~L12) * Hamda Aqua Herbs menggantikan L11
1 x Buku Panduan Salindah
Salindah dirumus khas daripada ubat-ubatan mengikut kaedah Homeopati, Biokimia dan Herbalisme yang tidak memberi sebarang kesan sampingan. Ia merangkumi tiga tempoh iaitu Pemakanan Ketika Hamil (ceraian B1~B3), Persediaan Waktu Bersalin (ceraian B4~B6) dan Rawatan Dalam Masa Pantang (ceraian L7~L12).

Out of stock

Description

Tahniah kerana bakal mendapat baby!
Set Hamil Salindah Terbaik Khas Untuk Puan!

slide-myorder-edaran-salindah-3

MAKLUMAN!!!

* Pakej ini mengandungi produk Hamda Aqua Herbs menggantikan Salindah L11

Aqua Herbs dirumus dari 10 herba terpilih. Digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan menguatkan badan. Formula baru menggantikan produk lama Salindah L11.
PBKD: MAL16120017T

 

Kebaikan Hamda Aqua Herbs :

Hamda Aqua Herbs dirumus dari 10 herba terpilih. Digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan menguatkan badan. Formula baru menggantikan produk lama Salindah L11.

 

 

SEJARAH

Bagi wanita, kehamilan atau mengandung adalah suatu pengalaman yang tidak sama dengan pengalaman-pengalaman lain yang pernah dilalui, terutamanya wanita yang mengandung untuk kali pertama. Ada yang tersangat gembira dengan berita kehamilan itu dan ada pula yang menjadi bimbang dan cemas terutamanya bila menjelang waktu-waktu hampir melahirkan anak. Ini berlaku kerana mungkin bakal ibu ini pernah mendengar pelbagai khabar bagaimana susahnya untuk melahirkan anak.

salindah-benarkah-04

Setelah menyedari masalah yang dihadapi kaum wanita semasa mengandung, Prof. Dr. Azizan bin Hj. Ismail (DR. AZIZAN) telah mengkaji secara mendalam mengenai kehamilan dari semua aspek dan kemudian berusaha menghasilkan suatu rencana makanan jagaan rawatan ibu dan anak yang dikandung. Dengan adanya rencana makanan ini, maka kaum wanita dapata melalui zaman kehamilan dan dapat melahirkan anak dengan aman tenteram, jauh daripada rasa takut, cemas dan bimbang, terhindar daripada aneka rupa masalah waktu mengandung, semasa bersalin dan selepas bersalin. Dengan itu mengandung dan bersalin akan menjadi suatu pengalaman yang dapat dinikmati. Rencana makanan jagaan dan rawatan kehamilan ini telah banyak berbakti kepada kaum ibu, dan telah mendapat sanjungan di kalangan ibu dan para doktor, bukan hanya dari dalam Malaysia malah juga oleh mereka dari luar negara. Prof. Dr. Azizan menamakan rencana jagaan dan rawatan kehamilan ini sebagai SALINDAH.

Bagi mereka yang mengambil rencana SALINDAH ini adalah dinasihatkan agar sekali sekala ke pusat pemeriksaan kehamilan untuk memeriksa kandungannya. Oleh kerana ada di antara ibu yang menggunakan SALINDAH bersalin tanpa bidan yang menyambut kelahiran bayinya, maka adalah disarankan agar segera mendapatkan bidan atau pun di bawa kehospital apabila terasa sahaja hendak bersalin walaupun rasa sakit tidak bersungguh.

Hasil kajian yang begitu lama, SALINDAH mulai diperkenalkan kepada masyarakat sejak tahun 1980. SALINDAH merangkumi kedua peringkat dari sebelum bersalin sampai waktu lepas bersalin. SALINDAH Set Lengkap mulai dari 3 bulan hamil dan tamat pada habis waktu pantang, iaitu kira-kira 40 hari lepas bersalin. Bagi ibu yang mengambil SALINDAH Set Lengkap ini maka ia memperolehi keseluruhan kebaikannya. Perlu juga dinyatakan di sini bahawa rencana makanan jagaan dan rawatan ibu hamil ini disediakan daripada ubat-ubatan  menurut kaedah Homeopati dan Biokimia yang telah memang dimaklumkan tidak boleh mendatangkan sebarang kesan sampingan atau keracunan.

Semasa mengandung ibu-ibu adalah dinasihatkan agar menjaga makan minumnya. Prof. Dr. Azizan yakin bahawa banyak daripada masalah-masalah kesihatan yang dideritai oleh bayi yang baru lahir dan kanak-kanak seperti jantung berlubang, penyakit kunung, cacat anggota tertentu, leukimia, thalassemia dan lain-lain lagi ada kaitannya dengan amalan makan minum ibu sewaktu hamil.

WANITA PERTAMA PENGGUNA SALINDAH

Prof. Dr. Hjh. Hamsiah binti Ismail
Pengurus Besar EEMSB (kumpulan syarikat DR. AZIZAN)

wanita_salindah3

Pada awal peringkat kajian Allahyarham Prof. Dr. Azizan Ismail, saya telah diberikan remedi sebelum bersalin iaitu B4, B5 dan B6. Ketika itu saya hamil anak ke dua. Ketika hamil anak ketiga. Prof. Dr. nenberikan remedi B1 hingga B6, manakala anak ke empat, saya hanya mengambil remedi selepas bersalin sahaja iaitu L7 hingga L12 kerana telah kehabisan remedi sebelum bersalin.

Namun begitu, ketika hamil anak kelima sehinggalah yang ke-12, saya dapat menggunakan Salindah Set Lengkap. Alhamdulillah, berkat usaha Prof. Dr. yang tidak pernah mengenal erti kecewa, saya dapat melahirkan mereka dengan mudah dengan izin Allah dan amalan saya menggunakan produk SALINDAH. Empat anak saya dilahirkan di hospital, manakala lapan lagi di rumah sahaja. Tiada sebarang jahitan malah saya bersalin dengan mudah.

Saya yakin, kegembiraan bersalin mudah ini turut disyukuri oleh ramai lagi ibu-ibu yang pernah menggunakan SALINDAH. Alhamdullilah.

KELULUSAN KEMENTERIAN KESIHATAN

 

Sumber:
Registered Products Search
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan

mal_salindah3

Nota:

homeolab

DARULAMAN HOMEOPHATIC LABORATORIES (M) SDN BHD atau HOMEOLAB merupakan Kilang Homeopati pertama di Malaysia dan Asia Tenggara. HOMEOLAB adalah satu dari kumpulan syarikat DR. AZIZAN yang mengilangkan produk formulasi Allahyarham Prof. Dr. Azizan bin Hj Ismail seperti SALINDAH, EXAMO dan lain-lain.

 

 

Jadual/Carta Masa Guna Salindah:

* Rujuk bar warna hijau

* Gantikan L11 dengan Hamda Aqua Herbs

jadual-cara-makan-ceraian-set-hamil-set-bersalin-salindah